Tuesday, December 22, 2009

Panduan Memilih Kursus Pilihan

Jika memilih kursus pilihan pertimbangkan perkara-perkara berikut:

1. Minat: Adakah anda benar-benar berminat dengan kursus berkenaan. Jangan sesekali memilih sesuatu kursus disebabkan rakan, kekasih atau mudah lulus. Jika anda berminat dengan kursus berkenaan sudah pasti anda akan menumpukan perhatian terhadapnya dan ini akan diikuti dengan gred yang baik.

2.Kegunaan: Pertimbangkan juga bidang yang anda ingin ceburi. Jika ingin menjadi Pegawai Tadbir, anda mesti mempelajari Undang-undang Pentadbiran. Kursus ini kurang bermenfaat jika anda ingin melibatkan diri dalam bidang Harta Intelek atau Komersial. Oleh itu, cuba kenalpasti bidang yang anda ingin ceburi.

3. Masa: Kesesuaiannya dengan jadual waktu kursus-kursus wajib anda. INGAT PERATURAN UMUM: Jika berlaku pertentangan jadual waktu antara kursus wajib dan pilihan, kursus wajib akan diutamakan.

4. Kesukaran: Tiada kursus yang mudah, walaupun senior memberitahu anda bahawa kursus-kursus tertentu peluang mendapat A adalah sukar. Anda perlu menunjukkan usaha selaras dengan usaha pensyarah yang mengajar. Pastinya anda memilih kursus yang mudah mendapat A atau B+, namun fikirkan kesan jangka panjang terhadap wibawa dan kebolehpasaran anda.

5.Pensyarah: Anda mungkin meminati seseorang pensyarah. Tidak salah anda memilih kursus atas sebab ini. Tapi perlu ingat pensyarah berkenaan tidak akan kekal bersama anda. Anda terpaksa menyesuaikan diri dengan orang lain terutamanya dialam pekerjaan.

Oleh itu pertimbangkanlah perkara-perkara diatas sebaiknya.

Sunday, December 6, 2009

SISIPAN INGATAN


SISIPAN INGATAN

ORIENTASI

DECTAR tersergam gagah
Pintu utama
Mengenalkan kami ke alam universiti
Luasnya taman ilmu ini
Bakal dijelajahi rimba batu
Akan diterokai gedung ilmu
Laluan nampak berliku
Kecekalan adalah penentu
Bagai menggapai cita-cita nan satu

PERKULIAHAN

Mula mengenal tangga-tangga dewan kuliah
Mula mengenal mata-mata ilmu
Pengenalan Undang-undang Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Kontrak
Apa itu?
Jalinan Undang-undang jenayah, Torts, Jurisprudens, Syarikat, Tanah, Keluarga Islam, ….
Tatacara jenayah, tatacara Sivil …
Mula mengenal binding precedent, mens rea, supremacy of the constitution, uplifting corporate veil
hmm….kenapa saham terapung,
Deninng, Suffian, Azlan, Lim Kit Siang, Stephen Kalong Ningkan, Haw Tua Tau
Kami menjadi tak tau
Wajah guru…asingnya

Langkah pertama bermula
Tawa, tangis, helaian-helaian nota dan journal
Tun Sri Lanang tempat berpesta bicara
Itulah dunia
Pilihanraya medan kami
Menjaja inspirasi, memimpin diri
Persatuan pelajar memperkaya
Rangkaian diri
Menemukan kami isteri dan suami
Padang itu tempat melontarkan keperitan
Pentas ET kami menari

UJIAN

Sukarnya
Terpegun melihat baris-baris C, B ,A
Menghiasi kertas keputusan
Rakan-rakan jadi sandaran
Guru-guru jadi pedoman
Universiti ini menjanjikan harapan

PERJALANAN AKHIR

Garis penamat semakin hamper
Terbina kejituan, keyakinan diri
Bakal kami hadapi alam realiti
Tangga DECTAR kami daki
Ijazah digengaman kami

HARI INI

Universiti tercinta
Tatapi kejayaan
Bakti untuk negara dan bangsa
Tidak kami lupa
Universiti tercinta

KAMI INGIN KEMBALI MENABUR JASA



Karya
Faridah Jalil
Fakulti Undang-undang
UKM
4 Dis 2009

Wednesday, December 2, 2009

INGATAN PADA KASIH YANG TAK JADI

Kesilapannya
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir

Kesilapannya
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu

Kesilapannya
kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.

~ ZURINAH HASSAN

Thursday, November 26, 2009

JAMINAN KEJAYAAN

Salah satu cara untuk memastikan anda mendapat markah yang baik semasa peperiksaan bertulis ialah 'memudahkan urusan pemeriksaan kertas jawaban'.

Bagi kursus undang-undang, pelajar seharusnya mengetahui bahawa pemeriksa perlu membaca dengan teliti keseluruhan skrip peperiksaan dan mengikuti hujah yang dikemukakan dalam jawaban anda. Bayangkan untuk memeriksa empat jawaban yang ditulis oleh 107 orang pelajar.

Kecuaian yang kebanyakan pelajar lakukan ialah:

1.Tidak menulis Bahagian dan nombor soalan; pensyarah merasa geram kerana terpaksa mencari soalan mana yang anda jawab dan menuliskannya di Bahagian hadapan kertas jawaban.

2.Tulisan yang tidak dapat dibaca atau seperti 'cakar ayam' atau menggunakan short form yang tidak difahami. Presumption yang kami buat adalah....anda sebenarnya tidak tahu hendak menjawab soalan berkenaan...anda tidak cukup masa...tulisan anda sememangnya begitu.

Ingatan, jika pensyarah tidak boleh membaca jawaban anda ...sebaik mana sekalipun hujahan yang dikemukakan ia tetap tidak boleh kami fahami.

3. Mereka soalan sendiri....Yang ini upah menulis sahaja...2 markah.

4. Memotong dan memangkah jawaban secara sesuka hati....Seperti kertas undi boleh menjadikan jawaban anda tidak sah.

5. Meninggalkan helaian kertas tidak bertulis diantara jawaban. Ini menimbulkan kekeliruan kerana disangka jawaban telah selesai....akibatnya jawaban selepas muka surat yang dilangkau tidak diperiksa.

Jika anda mengamalkan sikap dalam kategori yang disebutkan, masih ada waktu untuk mengubahnya.

Ingat...KEJAYAAN ADALAH DITENTUKAN OLEH ANDA SENDIRI.

Thursday, November 19, 2009

Why we have to abolish ISA?

I'm not going to argue on the legal basis of why ISA should be amended, but will look at the philosophical aspect of law making. At the same time distinguished between amendmend and abolishing.

In the process of amending a law, only the relevant provisions will be altered or repealed. When the amendment was debated, the spirit of the original Act will be taken into consideration. Thus in the case of ISA, the amendment to the relevant provisions will be shadowed by the 1960 ISA, i.e communist threat. This will do no good to the new law, the importance of protection to fundamental rights and liberties is debated based on an outdated spirit.

Abolishment and drafting a new law will enable the debate on the new law to take place in the voice and ideas suited to the current situation, era of human rights. This is more appropriate. If we need to starts, starts afresh.

Dworkin ideal on right as trump, the basis of the debate on huma rights at this moment requires further study.

The ghost of Karam Singh, must not continue to roam
.

Monday, November 2, 2009

BUDAYA TIPS DI KALANGAN PELAJAR

Antara permintaan yang dirasakan tidak menasabah dari para pelajar apabila peperiksaan semakin hampir ialah, Ada tips tak Puan/Dr/Prof... Saya selalu menjawab dengan sinis ...Saya tidak ingat apakah saolan yang saya sediakan.

Kalau kita fahami maksud tips ada pelbagai makna yang boleh diberikan,

1. Bayaran bagi perkhidmatan yang diberikan. Mengikut pengertian ini, pelajar tidak LAYAK diberi tips.

2. Nasihat atau ingatan, seringkali diberikan oleh pensyarah mengenai kepentingan menghadiri kuliah, tutorial dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan hal ehwal mereka, termasuk jangan asyik bercinta atau melayari FB!

3. Maklumat dalaman, inilah yang selalu pelajar mahu semasa hampir peperiksaan.

Sebenarnya banyak tips yang telah diberikan...pelajar cuma perlu buka minda semasa menghadiri kuliah maupun tutorial. Perhatikan dan dengar apa yang sering diulang-ulang dan menjadi topik perbincangan tutorial. Dengan mudah anda akan mendapat tips tersebut.

Pelajar juga perlu ingat realiti kehidupan, tiada siapa akan memberi tips memgenai apa akan berlaku esok, lusa atau minggu hadapan. Tiada juga tips mengenai apa salan yang akan boss tanya. Kita perlu belajar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bersedia untuk menjawab apa sahaja yang ditanya.

Oleh itu jangan terbiasa memohon tips.

Sekian