Sunday, December 27, 2009

MEMPERTINGKATKAN DIRI

23 Dis 2009, bengkel sehari untuk pelajar tahun satu bertujuan untuk memperkemas diri dan memperbaiki kesilapan dalam menangani masalah pembelajaran.
Pelajar tahun satu perlu melihat semula pendekatan mereka dalam pembelajaran berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi. Masih belum terlewat untuk memperbaiki diri. berdasarkan bengkel, pelajar diharap dapat memgatur strayegi selepas diterangkan mengenai cara pengiraan PNGS dan PNGK dan akibat jika mendapat gred yang rendah.
Pelajar juga perlu tahu cara mendekati dan mengambil hati para pensyarah. Pensyarah sentiasa bersedia untuk membantu jika pelajar sedia membantu diri sendiri. Jangan lakukan 'dosa-dosa' yang menyinggung hati pensyarah seperti tidur ketika kuliah, menggunakan h.p dalam kuliah, berbual ketika kuliah disampaikan atau mengumpat pemsyarah. Kalau ada yang tak kena beri tahu pensyarah.
Agihkan masa dengan baik, utamakan pelajaran. Jika merasa tiada keupayaan untuk aktif dalam pelbagai perkara, bincangkan dengan Pengetua/Fellow Kolej @ Timb Dekan (Prasiswazah) di fakulti. Mungkin kami boleh membantu.
Jika sesiapa yang tak minat kursus undang-undang tapi terpaksa @ minat tapi semester pertama ni tersasar, masih ada masa untuk memperbaiki diri. Fakulti dah bawakan contoh bahawa kursus undang-undang ini tidak menghalang anda dari menceburi bidang yang anda minati, malahan ianya adalah satu kelebihan. Pelajar undang-undang ada yang menjadi novelis, pengarah teater, ahli perniagaan, ahli politik dan ahli korporat.
Begitu juga senior anda telah membuktikan bahawa dengan usaha dan kegigihan, gred yang renah boleh diperbaiki. Malahan Sdr Thiyagu adalah tersenarai penerima Anugerah Dekan Semester ini.
Oleh itu perbaikilah diri dan kejayaan itu terletak di tangan anda.

Tuesday, December 22, 2009

ADAKAH KURSUS KO-KURIKULUM RELEVEN?

Saya ingin mendapat maklum balas mengenai kerelevanan kursus ko-kurikulum yang ditawarkan untuk membina wibawa dan kebolehpasaran para pelajar undang-undang. Anda boleh post pandangan/penilaian disini. Sila maklumkan nama dan no matrik untuk rekod.

Panduan Memilih Kursus Pilihan

Jika memilih kursus pilihan pertimbangkan perkara-perkara berikut:

1. Minat: Adakah anda benar-benar berminat dengan kursus berkenaan. Jangan sesekali memilih sesuatu kursus disebabkan rakan, kekasih atau mudah lulus. Jika anda berminat dengan kursus berkenaan sudah pasti anda akan menumpukan perhatian terhadapnya dan ini akan diikuti dengan gred yang baik.

2.Kegunaan: Pertimbangkan juga bidang yang anda ingin ceburi. Jika ingin menjadi Pegawai Tadbir, anda mesti mempelajari Undang-undang Pentadbiran. Kursus ini kurang bermenfaat jika anda ingin melibatkan diri dalam bidang Harta Intelek atau Komersial. Oleh itu, cuba kenalpasti bidang yang anda ingin ceburi.

3. Masa: Kesesuaiannya dengan jadual waktu kursus-kursus wajib anda. INGAT PERATURAN UMUM: Jika berlaku pertentangan jadual waktu antara kursus wajib dan pilihan, kursus wajib akan diutamakan.

4. Kesukaran: Tiada kursus yang mudah, walaupun senior memberitahu anda bahawa kursus-kursus tertentu peluang mendapat A adalah sukar. Anda perlu menunjukkan usaha selaras dengan usaha pensyarah yang mengajar. Pastinya anda memilih kursus yang mudah mendapat A atau B+, namun fikirkan kesan jangka panjang terhadap wibawa dan kebolehpasaran anda.

5.Pensyarah: Anda mungkin meminati seseorang pensyarah. Tidak salah anda memilih kursus atas sebab ini. Tapi perlu ingat pensyarah berkenaan tidak akan kekal bersama anda. Anda terpaksa menyesuaikan diri dengan orang lain terutamanya dialam pekerjaan.

Oleh itu pertimbangkanlah perkara-perkara diatas sebaiknya.

Sunday, December 6, 2009

SISIPAN INGATAN


SISIPAN INGATAN

ORIENTASI

DECTAR tersergam gagah
Pintu utama
Mengenalkan kami ke alam universiti
Luasnya taman ilmu ini
Bakal dijelajahi rimba batu
Akan diterokai gedung ilmu
Laluan nampak berliku
Kecekalan adalah penentu
Bagai menggapai cita-cita nan satu

PERKULIAHAN

Mula mengenal tangga-tangga dewan kuliah
Mula mengenal mata-mata ilmu
Pengenalan Undang-undang Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Kontrak
Apa itu?
Jalinan Undang-undang jenayah, Torts, Jurisprudens, Syarikat, Tanah, Keluarga Islam, ….
Tatacara jenayah, tatacara Sivil …
Mula mengenal binding precedent, mens rea, supremacy of the constitution, uplifting corporate veil
hmm….kenapa saham terapung,
Deninng, Suffian, Azlan, Lim Kit Siang, Stephen Kalong Ningkan, Haw Tua Tau
Kami menjadi tak tau
Wajah guru…asingnya

Langkah pertama bermula
Tawa, tangis, helaian-helaian nota dan journal
Tun Sri Lanang tempat berpesta bicara
Itulah dunia
Pilihanraya medan kami
Menjaja inspirasi, memimpin diri
Persatuan pelajar memperkaya
Rangkaian diri
Menemukan kami isteri dan suami
Padang itu tempat melontarkan keperitan
Pentas ET kami menari

UJIAN

Sukarnya
Terpegun melihat baris-baris C, B ,A
Menghiasi kertas keputusan
Rakan-rakan jadi sandaran
Guru-guru jadi pedoman
Universiti ini menjanjikan harapan

PERJALANAN AKHIR

Garis penamat semakin hamper
Terbina kejituan, keyakinan diri
Bakal kami hadapi alam realiti
Tangga DECTAR kami daki
Ijazah digengaman kami

HARI INI

Universiti tercinta
Tatapi kejayaan
Bakti untuk negara dan bangsa
Tidak kami lupa
Universiti tercinta

KAMI INGIN KEMBALI MENABUR JASA



Karya
Faridah Jalil
Fakulti Undang-undang
UKM
4 Dis 2009

Wednesday, December 2, 2009

INGATAN PADA KASIH YANG TAK JADI

Kesilapannya
kau tak berdaya berterus-terang
dan aku tak berdaya mentafsir

Kesilapannya
kau mengatur gambar-gambar
dalam sebuah album yang indah
sedang aku tidak pernah melihat gambar-gambar itu

Kesilapannya
kita telah bertemu
dalam sebuah mimpi yang menggembirakan
tetapi aku lebih gembira
bila terjaga dari mimpi itu.

~ ZURINAH HASSAN