SISIPAN INGATAN
ORIENTASI
ORIENTASI
DECTAR tersergam gagah
Pintu utama
Mengenalkan kami ke alam universiti
Luasnya taman ilmu ini
Bakal dijelajahi rimba batu
Akan diterokai gedung ilmu
Laluan nampak berliku
Kecekalan adalah penentu
Bagai menggapai cita-cita nan satu
PERKULIAHAN
Mula mengenal tangga-tangga dewan kuliah
Mula mengenal mata-mata ilmu
Pengenalan Undang-undang Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Kontrak
Apa itu?
Jalinan Undang-undang jenayah, Torts, Jurisprudens, Syarikat, Tanah, Keluarga Islam, ….
Tatacara jenayah, tatacara Sivil …
Mula mengenal binding precedent, mens rea, supremacy of the constitution, uplifting corporate veil
hmm….kenapa saham terapung,
Deninng, Suffian, Azlan, Lim Kit Siang, Stephen Kalong Ningkan, Haw Tua Tau
Kami menjadi tak tau
Wajah guru…asingnya
Langkah pertama bermula
Tawa, tangis, helaian-helaian nota dan journal
Tun Sri Lanang tempat berpesta bicara
Itulah dunia
Pilihanraya medan kami
Menjaja inspirasi, memimpin diri
Persatuan pelajar memperkaya
Rangkaian diri
Menemukan kami isteri dan suami
Padang itu tempat melontarkan keperitan
Pentas ET kami menari
UJIAN
Sukarnya
Terpegun melihat baris-baris C, B ,A
Menghiasi kertas keputusan
Rakan-rakan jadi sandaran
Guru-guru jadi pedoman
Universiti ini menjanjikan harapan
PERJALANAN AKHIR
Garis penamat semakin hamper
Terbina kejituan, keyakinan diri
Bakal kami hadapi alam realiti
Tangga DECTAR kami daki
Ijazah digengaman kami
HARI INI
Universiti tercinta
Tatapi kejayaan
Bakti untuk negara dan bangsa
Tidak kami lupa
Universiti tercinta
KAMI INGIN KEMBALI MENABUR JASA
Karya
Faridah Jalil
Fakulti Undang-undang
UKM
4 Dis 2009
No comments:
Post a Comment